Sunday 9 March 2014

Karnival Pertama Saya

Pernahkah anda terlibat secara langsung di belakang tabir sesuatu aktiviti? Apakah perasaan anda? Penat? Gembira? Marah? Atau sedih?
Well saya ada rasa semua benda tersebut. Start dari mula saya rasa excited then marah dan sedih. Tapi in the end, saya rasa sangat gembira. ‘Everything when well’ itu la apa yang saya fikirkan pada akhir aktiviti tersebut.
Dalam aktiviti tersebut, selaku ajk program saya merupakan antara orang yang sangat sibuk pada hari tersebut. Sebelum aktiviti berlangsung lagi saya ada terdengar mengenai sekiranya aktiviti tidak berjalan dengan lancar, post program merupakan post yang pertama sekali yang akan disalahkan. Start dari situ, saya rasa takut. Bagaimana sekiranya aktiviti yang saya handle tidak berjalan dengan lancar? Saya merupakan orang yang pertama sekali yang akan disalahkan...
But then, alhamdulilllah aktiviti itu berjalan dengan baik walaupun kurang crowd almaklumlah forum. Majoriti orang tidak berminat untuk mengikuti forum ataupun yang setara dengannya. Begitu jugalah saya.
Habis je aktiviti yang saya handle tu, pada keesokan harinya saya tetap sibuk membantu post-post lain dalam menyelesaikan tugas mereka. Walaupun sumbangan saya sangat sedikit tapi saya sangat gembira kerana dapat membantu meringankan tugas mereka.
Petang itu merupakan kali pertama saya bermain target shooting. Seriously, walaupun sebelum ini saya pernah memegang M-16  namun saya merasakan bermain target shooting is much better. Mungkin sebab ketika menggunakan M-16, saya langsung tidak dapat menembak sasaran dengan tepat tetapi ketika bermain target shooting, saya dapat menembak 4 daripada 15 palette tepat pada sasarannya. Haha... Saya tak sangka terer gak saya ni dalam bermain benda tersebut.
Malam penutupan tu, saya telah bertugas sebagai usher di mana saya kena meng’usher’ seorang YB yang merupakan orang paling penting dalam majlis tersebut. Sudahlah ini merupakan pertama kali saya bertugas sebagai usher malah saya juga telah di arahkan untuk meng’usher’ orang yang sangat penting. Saya rasa sangat gemuruh dan rasa sangat takut sekiranya saya membuat kesilapan sepanjang peng‘usher’an saya. Saya juga turut terfikir untuk memberikan tugas tersebut kepada orang lain.
Namun in the end, saya tetap menjalankan tugas saya. Dan semestinya saya rasa saya telah banyak membuat kesilapan sehinggakan pada malam post mortem tue, walaupun saya tidak ditegur secara depan-depan namun saya tahu, felo tersebut bercakap mengenai kesilapan saya. Saya tahu dan saya sedar kesilapan yang saya lakukan. Walaupun saya rasa sangat malu kerana ditegur begitu namun saya akan mengambil iktibar untuk dijadikan pengalaman untuk masa hadapan. Itupun sekiranya saya menjadi usher lagi tetapi saya rasa saya takkan ingin menjadi seorang usher lagi. Hahaha...

Walaupun banyak benda yang terjadi semasa dua hari karnival ini berlangsung, namun saya rasa enjoy dan gembira. Walaupun sangat penat namun saya berharap agar dapat menyumbang tenaga untuk membuat event lagi. Bagi saya membuat event sebegini memang sangat mencabar, namun oleh kerana saya merupakan seorang yang sukakan cabaran, saya berharap agar dapat membuat event lagi namun event yang berbeza. “Banyak mencuba akan menghasilkan banyak pengalaman bukan?” That’s what I want. Mencuba banyak perkara even perkara tersebut sangat challenging buat saya. But that’s makes life interesting and this time the carnival had make my whole week interesting.....

No comments:

Post a Comment