Monday, 17 March 2014

Air

Isu ketiadaan air menyebabkan saya tergerak untuk mencari atau mengetahui dengan lebih mendalam tentang air. Well, sebenarnya air merupakan benda yang sangat penting untuk manusia. Air digunakan untuk minum, memasak, mencuci dan banyak lagi. Tahukah anda 70% daripada permukaan Bumi adalah air iaitu lautan? Oleh itu, tidak hairanlah mengapa air boleh menjadi benda yang sangat penting bagi manusia. Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan Bumi ini sekiranya tidak terdapat langsung setitik air? Mesti pada ketika itu, Bumi adalah sama seperti planet Utarid. Panas dan langsung tiada hidupan kan?

Di sini, saya membuat sedikit tinjauan ke blog-blog dan laman sesawang lain untuk mendapat beberapa fakta menarik mengenai air iaitu:

1 . Jika dikumpulkan penggunaan air di India , China , dan Amerika Syarikat adalah satu pertiga dari jumlah seluruh air di dunia .

2 . Lebih dari 90 peratus penggunaan air adalah untuk pertanian dan perladangan . Walaupun begitu , hanya 16 peratus tanah yang telah teririgasi dari sekian banyak penggunaan air untuk pertanian .

3 . 16 peratus tanah yang teririgasi menghasilkan 36 peratus bahan makanan .

4 . Pengekstrakan air tanah meningkat tiga kali ganda hanya dalam masa lima tahun . Penggunaan air tanah di China dan India meningkat sepuluh kali ganda sejak tahun 1950 .

5 . Penggunaan air tanah yang begitu besar telah menyumbang terhadap kenaikan permukaan laut sebanyak 25 peratus dalam beberapa tahun terakhir .

6 . Menurut kajian yang diterbitkan dalam Climate Dynamics , penggunaan air tanah juga mengubah iklim tempatan dan mempercepatkan pemanasan global .

7 . Menurut Organisation for Economic Co - operation and Development ( OECD ) , pada tahun 2030 hampir separuh penduduk manusia yang ada akan kekurangan air .

8 . Krisis air akan mengancam kelangsungan loji kuasa di dunia . Krisi air yang diakibatkan permintaan yang tinggi akan membuat loji kuasa tidak berfungsi .

9.Kebanyakan terlalu masin untuk diminum .

10.Tiga perempat daripada air tawar yang ada di bumi diperoleh dari gunung ais kutub .

11.Sisa air tawar di bumi semuanya berasal dari dalam tanah , sungai , dan tasik .

12.Didunia ini terdapat lebih dari dua ratus lima puluh sungai .

13.Populasi manusia didunia terus bertumbuh hal itu menyebabkan keperluan air berlipat ganda setiap 20 tahun .

14.Lebih dari dua ribu liter air diperlukan untuk memenuhi keperluan tiap orang .

15.Untuk menghasilkan satu pon telur , diperlukan air 85 galon air .

16.Satu pon roti memerlukan air sebanyak 150 gelen .

17.Untuk menghasilkan satu pon kentang diperlukan 1000 gelen .

18.Lebih dari setengah air yang digunakan untuk pengairan hilang kerana pengewapan .

19.Untuk menghasilkan satu botol air ternyata lebih menghabiskan kos berbanding susu , minyak ataupun gas.

20.Water loging ( penyedotan air ) membuat kualiti air menurun dan meningkatkan kadar garam pada air .

21.Kurangnya air bersih boleh menjadi penyebab utama penyakit tersebar.

22.Setiap tahun, berjuta-juta orang terkena penyakit melalui air.

23.Penggunaan tangki air boleh membantu mengurangkan water loging .

24.20 tahun kedepan tidak akan tersedia air tawar yang cukup untuk memenuhi keperluan asas setengah populasi manusia dunia saat itu .

25.Menanam pokok mulai sekarang boleh membantu menyimpan air dan merubah nasib 20 tahun kedepan .

26.Timur tengah telah memulakan gerakan menanam pokok sebanyak 10,000 pokok .

Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang digelar 'earthling', kita sewajarnya sedar bahawa betapa pentingnya air untuk kita dan untuk generasi kita pada masa hadapan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berikhtiar untuk menggunakan bekalan air yang ada untuk kepentingan bersama.

No comments:

Post a Comment