Hari ini, professor saya ada
menyentuh mengenai isu MH370. Bagi saya ini merupakan kali pertama saya
mendengar mengenai kejadian seperti ini berlaku di Malaysia. Sebelum ini, saya
hanya mendengar mengenai kehilangan kapal di bahagian Eropah sahaja dan
sejujurnya saya langsung tidak terfikir bahawa perkara seperti ini akan terjadi
di Malaysia. Sebelum ini pun, saya sering menaiki kapal terbang untuk pulang
dan seriously, saya langsung tidak mempunyai rasa takut untuk menaiki kapal
terbang. Bagi saya kapal terbang lebih selamat berbanding menaiki bas, namun
tanggapan saya sebenarnya salah. Kapal terbang pun juga sangatlah bahaya.
Bercakap
mengenai MH370 ini, selama beberapa hari ini, saya ada membuat sedikit tinjauan
di dalam laman sosial, penuh homepage saya dengan komen-komen mengenai isu ini.
Ada segelintir komen yang menyentuh hati saya ketika membacanya, namun terdapat
juga yang membuatkan saya tidak tahan untuk membacanya. Maafkan saya sekiranya
post kali ini mengganggu atau menyinggung perasaan pihak tertentu, namun di
sini saya hanya ingin mengutarakan pandangan saya. Walaupun MH370 membawa
banyak penumpang bukan berbangsa Melayu ataupun beragama Islam, namun bagi saya
selaku seorang manusia ataupun masih mempunyai sifat kemanusiaan, kita
sewajarnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan penumpang-penumpang tersebut.
Walaupun kita tak dapat menyumbang apa-apa maka lebih baik kita berdoa buat
mereka berbanding melakukan perkara-perkara yang boleh memburukkan lagi keadaan.
Saya
hanya ingin mengatakan bahawa mungkin salah seorang daripada
penumpang-penumpang tersebut merupakan kenalan anda. Atau merupakan jiran anda?
Ataupun mungkin keluarga anda? Cuba bayangkan anda berada di tempat mereka. Apakah
perasaan anda? Apakah salahnya mendoakan mereka? Walaupun berlainan agama
bukanlah merupakan satu masalah. Bukankah dalam agama masing-masing tidak
menghalang untuk mendoakan kesihatan ataupun keselamatan orang lain? Tiada
salah dan tidak membawa apa-apa keburukan sekiranya mendoakan mereka. Mana tahu
doa kita dimakbulkan? Bukankah itu lebih baik daripada menjadi seorang yang
pentingkan diri? Yang sibuk menyebarkan berita yang entah khabarnya benar
ataupun tidak.
Maafkan
saya sekali lagi. Saya hanya ingin mengutarakan pandangan saya berkenaan isu
ini sahaja. Saya tidak ingin menyinggung mana-mana pihak dan saya ingin
menghormati pandangan-pandangan pihak tertentu mengenai isu ini. Kita berada
dibawah satu langit yang sama, oleh itu tidak hairanlah mengapa kita adalah
sama tetapi yang membezakan kita adalah ilmu, kepercayaan dan pegangan sendiri.
Justeru itu, saya hanyalah mengutarakan pandangan berdasarkan ilmu dan
kepercayaan yang saya ada sahaja.
No comments:
Post a Comment