Sunday, 23 February 2014

The New World

"Welcome to the New World...."
That is the first thing that comes to my mind when I had my first step at a college somewhere in a local university. My world would change from these instance. The new world that I chose to live in and to write in every pages of my diary.
Living in a new world is not as easy as I thought. I had to make new friends, learned new subjects and faced new surrounding. In all of the 'new' thing, sometimes I felt like I would break down in any moments. Living in a new place far away from my family (even though this is my second time), I think this time it would be more hard for me since this time I would have to cross over the sea to meet my family and here, I have to become someone that even myself couldn't recognized.
But then without realize, I had been in the university for the second semester already. Time passes without me unable to return back. Even the past seems like a torn that pierces my heart, but still I have to move on. This world is where I had to live for another 2 years and this world is where I chose to live in. So there is no more looking back right now. And I hope in the next future days that I would have, I shall be able to enjoy it to the fullest of my heart. Unlike the past, now I would reset myself and become someone more cheerful and love her life in this new world...

Me and Myself

Assalamualaikum, Hello, Namaste dan Anyeonghasaeyo....

Setiap pertemuan dimulakan dengan perkataan dan bahasa yang berbeza namun pada asasnya mempunyai satu makna yang sama. Pernahkah anda terfikir mengapa boleh berlaku perkara sedemikian? Bagaimana manusia dikatakan 'rambut sama hitam tapi hati lain-lain' sedangkan wujud satu persamaan yang sama dalam kalangan mereka? Walaupun berbeza tempat ataupun budaya, namun manusia tetap berada di bawah langit yang sama dan menghirup udara yang sama bukan? 

Begitu jugalah saya selaku seorang manusia, tiada apa yang berbeza. Perbezaannya mungkin hanyalah perwatakan dan perawakan. Oleh sebab tajuk post ini adalah mengenai 'Me and Myself', maka sewajarnya saya menceritakan serba sedikit mengenai diri saya yang tidak seberapa berbeza dengan orang lain. Dimulakan dengan nama Aleeya Carabella. Nama tersebut hanyalah sebuah nama hasil daripada ilham sahaja, tiada kena mengena dengan yang telah hidup dan yang masih mati... Saya merupakan seorang perantau di negeri orang yang berasal daripada negeri di bawah bayu. Oleh sebab dilahirkan di sebuah negeri yang kaya dengan berbilang suku kaum, maka saya dilahirkan atas nama dua kaum yang berbeza iaitu kadazan dan bajau.

Alhamdulilah, saya masih dianugerahkan dengan ibu bapa yang penyayang, adik beradik yang memahami, keluarga yang sentiasa mendorong dan rakan-rakan yang tidak lekang membantu dikala susah dan senang. Saya bukanlah seorang yang mudah berputus asa, sedikit 'talkative' dan suka aktiviti yang lasak. Oleh sebab saya seorang yang sensitif, oleh itu saya mudah untuk memahami perasaan atau emosi orang lain.
Saya juga merupakan seorang yang mementingkan kebersihan dan kesempurnaan atau nama lainnya 'perfectionist'. 

Pada masa sekarang, saya senang digelar sebagai seorang penuntut ilmu disebabkan saya kini sedang menuntut di sebuah universiti tempatan. Dan kini sedang giat untuk mempelajari bahasa asing iaitu bahasa Inggeris, bahasa Korea dan bahasa Urdu. Setakat ini cukuplah mengenai diri saya memandangkan sekiranya rentetan hidup saya ditulis di atas kertas, maka sehelai kertas pun tidak mencukupi. Sekiranya terdapat waktu lain, maka anda akan lebih mengenali diri saya memandangkan tulisan mencerminkan pemikiran, perasaan dan perwatakan empunya tulisan. Daripada tulisan ini jugalah anda akan mengetahui bahawa diri saya adalah sama dengan manusia yang lain.... :)